Blogger news

Secondry School



Alhamdulillah malam nie dapat dok lepak-lepak sambil update blog. Bila dok saje-saje tak ada keje nie ada je kenangan- kenangan lampau terlintas di fikiran. Termasuk la kenangan kat Secondry School dulu. Sedar tak sedar dh hampir lima tahun dah.. ayoyo... lama dah tue.

Untuk pengetahuan korang dulu aku kat sekolah menengah dah aktif dengan banyak benda la kecuali sukan. Aku masuk DEBAT, FORUM, NASYID, DRAMA BI dan banyak lagi la. Aku juga pengawas sekolah sejak dari tingkatan dua lagi..

 Nama sekolah aku dulu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INTAN (SMKSI).
ni la lencana sekolah kami.
gambar time tingkatan tiga
gambar ni kalau tak silap aku diambil waktu jamuan akhir tahun untuk semua tingkatan tiga. Time ni rambut aku masih bersikat.. sikat tepi.. SKEMA dow. Ish malu plak bila dok ingat benda- benda time budak-budak dulu..ahhaah

lawatan ke TECHNOLOGY PARK
di Universiti Malaya(UM)
lawatan ni kami pergi dibawah anjuran Pembimbing Rakan Sebaya. Time ni kami berada di tingkatan 4. 

Drama Bahasa Inggeris
Time ni kami Form 5. Ni gambar waktu lawan kat peringkat negeri. kumpulan kami dapat 2nd place and best actress.
dalam makmal BIOLOGI
Dalam kelas waktu Form 5
ha kalau korang nak tau macamana rupa aku time sekolah menengah dulu nie la.

TADAAAAAAA
KENAPA TAK PERCAYA.ahhaha.
kuruskan..kuruskan..
Percaya je la. memang betul aku... dah tak boleh nafikan dah. hahah


bila kita cakap pasal Pelajar teringat video ni.. Best... dengar la kalu tak percaya.




mutiara kata:

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

2 comments:

SyaA_eEAa said...

rnd zaman skula an :')
sk uh kat ne??
hehe^^

Warna said...

kelantan