Blogger news

Program Latihan Khidmat Negara.


Huhu assasement untuk this semester dah habis, jadi ada la masa nak update blog nie.. huhu . 

Entry kali ni nak cerita pasal khidmat negara la. Untuk pengetahuan korang dulu aku ni bekas pelatih khidmat negara. huhu. PLKN ni aku memang minat. Alhamdulillah dapat kan bagus la. memang reaeki. Yang paling menarik aku dapat dekat je dengan rumah aku. hahha  tak sampai setengah jam perjalanan dah sampai.. ahhaahh memang lawak semua kawan aku gelak besar kat aku. tapi aku redhakan jer. hoho.

Kat PLKN ni banyak benda kot aku dapat belajar. Yang aku ingat ada 3 modul utama iaitu FIZIKAL, CARACTER BUILDING dan KENEGARAAN. bila digabungkan ketiga-tiga modul ni kami buat KHIDMAT KOMUNITI.
gambar waktu training guna M16.
Dapat la merasa guna M16 nie. ada la sesi buka  dan pasang senjata. Tapi kalau korang tanya aku sekarang macamana, sorry haram aku tak ingat.
lepas balik dari khidmat komuniti dengan full celoreng.
santai-santai lepas training.
lepas PT pagi. dengan pakaian sukan

ni lagu tema PLKN.
selain lagu HIJAU zainal abidin yang kami selalu dengar setiap kali masuk kelas CB dan lagu ERTI KEHIDUPAN dayang nurfaizah.

 Apapon aku memang enjoy dapat hadir dan jadi salah seorang pelatih kat PLKN.
 
 
mutiara kata:
 
"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius
 
 

Besar Kepala

Besar kepala ke diorang nie? eh tak ada lah Diorang ni cantik lagi Sopan gitu. Gambar ni masa kami kat INDONESIA.
Entry kali nie saja je nak berceloteh pasal Besar Kepala.
Pada pendapat korang la kan apa yang korang faham pasal statement Keras Kepala nie.
Maksud yang paling utama adalah bersamaan dengan KEPALA BESAR. yang ni kita boleh tengok la. Kalau zaman-zaman sekolah dulu kita asyik dengar KEPALA DURIAN. hahahah.. ish2 berdosa gelak kat orang. Tu zaman-zaman kecil la. waktu tak tau apa lagi. Zaman dok nakal-nakal lagi.. hahah.
Kalau maksud yang tersiratnya aku rasa korang pon tahu kan. 

so, TAK PAYAH LA AKU MEMBEBEL PANJANG ....hahahah
p/s: setiap orang adalah sama. ada akal untuk mentafsir. yang membezakannya adalah positive atau negative sesuatu tafsiran.
mutiara kata:


"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."
 
 

New Laptop Cooler

 
Benda unik yang aku jumpa bila balik kampung untuk bercuti. Tujuan asal nak melawat kawan aku yang sakit, bila pergi umah dia je lain pula yang jadi.. huhu


Tengoklah sendiri gambar tu betol-betol..
Unik betol kawan aku sorang ni. Bila laptop tak ada cooler macamni la jadinya.. agagag..

 
mutiara kata:
 
 
"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

Traditional To Modern (Canting Batik)

Skang ni aku nk bercerita pasal batik .hehheh.. Knp la agaknya tetibe je aku excited nk story pasal batik ni.. hahaha. Sebenarnya bukan pasal batik pon , tp pasal pencanting batik..



 Ha benda alah nie la.. Aku sekaRAng dAh dapat projek baru untuk memodernkan benda ni.memandangkan alat yang lama ini banyak kelemahannya , so aku pegang amanah untuk cipta yang baru. pergh.. pusing kepala aku dibuatnya.. Sabo jolah ..
 
 
Tengok makciktu, cute kan.. huuu.. ni la rahsia untuk jadi aweks muda hahah... makcik tu bukan pakai gincu tau, tapi dia meniup supaya lilin dalam tu tak cair sangat kerana kepanasan.. huhu.. jangan ingat dia pakai Simply Siti plak... haha 
 
 jadi ni la design yang aku buat untuk projek nie.



mutiara kata:
 

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.
 

Kajian Upacara Pengebumian

Entry kali nie special sikit sebab ia melibatkan sesuatu yang luar biasa sikit. 

Kali nie aku nak ceritakan tentang research yang kami buat untuk assignment HUBUNGAN ETNIK iaitu subjek universiti yang wajib kami ambil. Untuk subjek ni kami perlu menyediakan proposal untuk satu assignment. Jadi kami memilih Tajuk ini sebab kami yakin tidak pernah pelajar lain terfikir untuk melakukannya.

sebelum dapat masuk ke KREMATORIUM kami perlu mendapat izin dari pihak BANDARAYA
my partner di hadapan KREMATORIUM
sebelum masuk kedalam inilah asap pembakaran mayat dari dalam bangunan.
bila kami sampai je di luar bangunan asap kelabu berkepul-kepul keluar dari corong asap. Ia adalah asap Pembakaran mayat.Baunya busuk . Tapi bila masuk ke dalam bangunan , bau busuk asap tersebut hilang.

penerangan ringkas tentang upacara pengebumian di tempat utama upacara pengebumian.

suasana di dalam tempat pembakaran mayat. bulatan hitam menunjukkan dimana lif untuk menurunkan keranda ke bawah (tempat pembakaran) dari tempat upacara.

box pembakaran yang telah rosak
box semasa mayat dibakar
kelihatan keranda sedang terbakar
tulang simati dikumpul setempat didalam satu box.
mesin menghancurkan tulang menjadi debu. ianya hanya digunakan atas permintaan saudara mara terdekat.
besi-besi yang ada pada tubuh badan simati (medic).


Dengan kajian yang telah kami lakukan telah memberikan satu pengalaman yang bermakna buat kami satu kumpulan. terutama yang ikut serta ke tempat kajian. Ianya bukanlah satu pengalaman yang biasa. Tapi ianya bagi kami sungguh luar biasa.


mutiara kata:
 

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."