Kita selalu dengar cerita hantu kan. Tapi adakah itu benar atau sekadar rekaan dari si pencerita itu kita tidak tahu. Yang pasti walaupun cerita itu benar atau rekaan, bila sebut pasal cerita hantu je kita mula rasa seram neh..hahhah. Korang pernah ke alami sendiri ? atau sekadar dengar dari cerita pengalaman orang lain. Orang kata zaman moden nie mana ada benda- benda macam nie.Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat IslamKewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Islam tidak menolak kewujudan makhluk halus, malah perkara ghaib seperti kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana Rukun Iman itu sendiri terdiri dari perkara-perkara ghaib yang wajib diimani. Mengatakan makhluk halus tidak wujud bermakna melakukan satu iktikad yang merosakkan akidah. Malaikat, Jin dan beberapa makhluk halus yang lain di sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an. Perbuatan sihir juga di sebut dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur’an dan ia memang mampu dilakukan oleh mereka-mereka yang melampaui batas. Menolak kewujudan mereka bermakna menolak ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Menolak ayat Al-Qur’an bermakna kita beriktikad bahawa kandungan Al-Qur’an itu tidak betul. Dengan iktikad ini, kita mencampakkan diri kita dalam perbuatan tidak beriman kepada Allah Swt. Pandangan islam di sini melalui dalil Al Quran dan As-Sunnah (hadith) dan hanya merujuk kepada jin,iblis dan syaitan tanpa merujuk kepada malaikat kerana malaikat tidak dikenali sebagai makluk halus.
|
gambar hiasan |
Kewujudan makhluk halus merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah bagi menambah iman manusia. Makhluk halus seperti jin juga dikenakan tuntutan dalam hal agama sepertimana manusia yang kelak akan di adili di mahkamah Allah seterusnya diberikan syurga atau neraka.
MAKLUK HALUS (JIN/IBLIS/SYAITAN) MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
1. JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalil Al-Quran Mengenai Jin
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas .” (Al Hijr 27)
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
“Dan Kami telah menciptakan jin dari nyala api.” (Ar Rahman 15)
Dalil Hadith Mengenai Jin
Dalil dari hadits, riwayat dari Aisyah r.a bahawasannya, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
” Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah engkau ketahui.” [yaitu dari tanah]
(HR. Muslim didalam kitab Az Zuhdi dan Ahmad di dalam Al Musnad).
2.SYAITAN
Syaitan adalah daripada golongan manusia dan jin. Ia musuh bagi tiap-tiap Nabi. Tidak seperti Nabi, yang menyampaikan kepada manusia apa yang diwahyu Allah kepadanya, golongan syaitan pula menyampaikan wahyunya yang tersendiri, yang berupa ucapan palsu tetapi indah-indah belaka. Tujuannya adalah untuk menipu manusia, misalan, dengan mengada-adakan sesuatu dalam agama.
Dalil Al-Quran Mengenai Syaitan
Allah SWT telah berfirman:
“…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)
Allah SWT juga berfirman:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Az-Zukhruf, ayat 36-37)
"ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
Dalil Hadith Mengenai Syaitan
Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. IBLIS
Dalil Al-Quran Mengenai IBLIS
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. Surah Al-Baqarah: 34
Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka
Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis laknatullah .
Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."
Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."
Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"
Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."
Begitulah serba sedikit pandangan islam terhadap makhluk halus yang sentiasa dalam menyesatkan umat manusia.semoga kita sentiasa dilindungi Allah Swt dari gangguannya.
amin.
mutiara kata :
Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu